Selasa, 17 April 2012

satu hari satu sunnah

seusai bangun tidur yang kemudiannya menunaikan solat subuh berjemaah, maka marilah sama-sama kita membaca ayat kursi yang bermaksud" Allah tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanyamentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada siapa yang mampu memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah memelihara keduanya. Dan Dia-lah Yang Maha Tinggi (darjat Kemulian-Nya) lagi Maha besar (kekuasaan-Nya)."
Bagi siapa yang membaca ayat ini ketika waktu pagi, maka mereka dijaga daripada (gangguan) jin hingga ke petang hari dan bagi sesiapa yang mengucapakan ketika waktu petang maka mereka dijaga daripada gangguan jin hingga ke pagi hari.
*Riwayat al-Hakim

membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan Al-Nas.bagi sesiapa yang membaca ketiga-tiga surah ini di kala pagi dan petang maka kehidupan hariannya mencukupi dan selesa daripada segala sesuatu..................
*Riwayat Abu Dawud dan at-Tirmizi
wallahuaklam...

Jumaat, 17 Februari 2012

Setiap orang sangka bahawa pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh jauh lebih baik jika ingin dibandingkan dengan pelajar sekolah harian biasa...tapi itu semua langsung tidak betul kerana kawan aku jauh lebih berjaya daripada daripada student yang ada di sekolah berasrama penuh..dia mendapat straight A's walaupun hanya berada di sekolah yang dipandang enteng oleh sesetengah orang..oleh sebab itu kita tidak seharusnya menilai sesuatu dengan melihat luarnya sahaja atau peribahasa english yang glamor iaitu don't judge a book by it cover ok.sama juga dengan pelajar ipta dan ipts..jika ada kawan kita yang memasuki ipts pasti kita menganggap mereka itu kurang pandai..tapi sebaliknya pelajar yang berada di ipts jauh lebih pandai jika mereka berusaha bersungguh-sungguh..;..so to all my friend jangan la menghukum orang sebelum kita tahu sesuatu yang betol-betol kita pasti okay!!

Ahad, 12 Februari 2012

…Hijabista!!! Satu identiti atau Ikutan….

…Hijabista!!! Satu identiti atau Ikutan….

“Beb kalau aku pakai skirt Anne Klein ni dengan fitted top kelabu ni, ok tak?”

“Ok! Kau pakai dengan tudung wrap gaya turban.”

Skirt ni pendek sangat la…nampak betis.”

“Pakailah dengan boot tinggi coklat kau tu. Kena pulak dengan beg Prada coklat kau tu, fuh, posh habis.”

Itulah bualan yang sering kita dengar ketika gadis-gadis di ibu kota bersiap-siap untuk keluar menonton wayang bersama. Menjelang hujung minggu, suasana di pusat-pusat membeli-belah utama di Kuala Lumpur menjadi seakan-akan pentas pertunjukkan fesyen yang bukan sahaja diperagakan oleh orang bukan Islam malah sebahagian besar wanita-wanita Islam juga.

Gadis-gadis muda, bahkan wanita yang sudah berkeluarga tampil mempamerkan diri dengan pelbagai gaya bertudung yang dipadankan dengan pakaian, kasut,dan aksesori lain daripada jenama kelas tinggi.

Menggelarkan diri mereka (atau bangga digelar) “hijabista,” mereka mengadaptasikan gelaran tersebut daripada gelaran “fashionista,” yang dijolokkan kepada wanita-wanita Barat lazim menggayakan rekaan-rekaan kelas tinggi atau haute couture.

Fenomena ini dikatakan makin hari makin berleluasa berikutan peningkatan populariti laman-laman sesawang, blog an muat naik video-video YouTube yang berkisarkan tentang cara berfesyen Muslimah atau bertudung gaya moden.

Golongan hijabista ini seperti begitu taksub mengintegrasikan rekaan pereka-pereka ternama seperti Christian Dior, Louis Vuitton dan Dolce & Gabbana dengan pakaian Muslimah. Sama ada asli atau tiruan, pakaian dan selendang berjenama ternama ini diperagakan dengan penuh rasa gah dan bangga.

Jelas Asra Q. Nomani dalam rencana beliau, Hijab Chic: How Retailers are Marketing to Fashion-Concious Muslim Women, antara contoh fesyen yang dipakai oleh seorang hijabista ini ialah dengan menyarungkan gaun mini Diane Von Furstenberg di atas seluar jean Levi, dipadankan dengan selendang yang dililit gaya seorang penyanyi rap.

Variasi yang dilihat di ibu kota Kuala Lumpur sahaja sudah pelbagai. Jika berjubah sekalipun, fesyen tradisi tersebut disuntik dengan elemen moden seperti tali pinggang, high heel shoes dan berselendang dengan rona terang.

Ironinya, hasil kajian dua penyelidik ke atas fenomena di Turki mendapati golongan hijabista ini menjustifikasikan ikutan fesyen Barat sebagai sebahagian “usaha” untuk mengetengahkan identiti Islam, iaitu berpakaian menutup aurat.

Mereka juga berpendapat berpakaian indah di khalayak ramai adalah salah satu cara “mentaati” Allah yang memerintahkan hamba-hambaNya berketerampilan bersih, kemas dan cantik sebagai satu cara bersyukur dengan nikmatnya.

Penemuan yang serupa juga telah dirumuskan daripada kajian-kajian ke atas golongan hijabista di Jordan, Iran, Amerika Syarikat, Britian dan Negara yang paling hamper dengan Malaysia iaitu Indonesia. Menurut kajian Nicole McDermott ke atas golongan hijabista di Amman, Jordan, beliau menyimpulkan punca utama wanita Muslimah terjerumus ke arah fesyen kebaratan adalah disebabkan oleh desakan modenisasi. Perkembangan fesyen merupakan antara elemen utama yang mencerminkan peredaran masa dan wanita-wanita tersebut terdorong untuk mengikut arus tersebut sebagai langkah penyesuaian diri.

Hasilnya, tudung yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai pelindung dan hijab kaum wanita, kini dianggap sebagai aksesori yang mampu meningkatkan penampilan diri. Dalam erti kata lain: “Tudung tidak berfungsi sebagai agen untuk menyembunyikan rambut tetapi mengantikan rambut.” Demikianlah pendapat Ozlem Sandikci dan Guliz Ger dalam pemerhatian mereka terhadap golongan hijabista di Turki.

Namun begitu apa yang ditonjolkan oleh kebanyakan golongan ini bertentangan dengan konsep hijab yang telah ditentukan oleh syariat Islam………

Nantikan sambungannya ya wahai wanita-wanita di luar sana…sesiapa yang tidak berpas hati atau ingin memberi pendapat sila tinggalkan comment anda… saya akan jawab selagi terdaya..heehehe

Create by:mohammad lukhman..

Never say never..*_*